pembuka bicara~

AIDA~ i'll be as d soft meaning of <-- as my family called me!



EID ~ i'll be as my fwenz loved me so much-i know



Monday, July 5, 2010

si kecil !!

seawal jam 5.30 pagi, ibu kepada anak itu akan mengejutkan anaknya, "bangun2, nanti bas lambat." anak kecil itu, sambil menggosok matanya, terus menyarung baju di dalam almari, hanya dengan membasuh muka, terus meredah kesejukan hening pagi itu...
Ibu anak itu akan menyediakan makanan untuk santapan anaknya ketika berada di rumah ibu bapanya...

anak kecil itu, hidup berdikari seawal umur 5 tahun... kakak dan abangnya perlu tinggal di rumah datuk mereka dek kerana kesusahan yang melanda keluarga merekaa..

12.00 pm- waktu makan tengahari. anak kecil itu sangat asyik menjamu selera yang disediakan oleh ibu nya itu walaupun di waktu ini, kawan-kawan mereka sedang disuap oleh ibu bapa mereka.. Dia makan sendiri, suap sendiri, basuh pinggan sendiri.. semuanya dilakukan sendiri.. pergi ke sekolah, tanpa sekalipun niat untuk ponteng, tidak seperti kawan-kawan nya.. tahniah ya anak kecil!

6.30 pm- waktu pulang ke rumah, anak kecil itu perlu menunggu bas untuk pulang ke rumah sendiri. Dengan membawa beg sekolah yang sangat berat, anak kecil itu tetap kuat. di dalam bas, ada insan yang berhati mulia memberi anak kecil itu duduk, pastinya di hati insan itu,"kesiannya anak kecil ini.." oh anak kecil itu tidak pernah berharap untuk dikasihani.. sungguh!

itulah rutin harian anak kecil itu, tetapi anak kecil itu berbangga kerana dia menjadi insan yang sangat kuat berbanding kawan-kawan sepermainan nya... tahniah sekali lagi ya anak kecil!!

anak kecil itu sedang membesar, menjadi pemerhati dunia, tetapi ada ayat yang begitu mengguris hati si anak kecil," kamu mana dapat suap dari ibu kamu, ibu kamu kan bekerja.." YA! tetapi tanpa suapan ibu itulah, anak kecil itu jauh lebih menghargai apa ertinya hidup..

memetik ayat seorang penulis, "berjuang lah seperti rama-rama yang begitu tabah dalam proses membebaskan dirinya dari kepompong nya itu... kerana selepas dia yang berjaya melepaskan diri dari kepompong itu, rama-rama itu menjadi kuat mengibaskan sayapnya sepanjang hidupnya..."

IBU, KAU ADALAH RATU JIWA KU....

No comments:

Post a Comment